BERITA TERGEMPAR   Warga ATM terlibat aktiviti tidak bermoral, rosakkan imej ATM akan disingkir daripada perkhidmatan - Mohamed Khaled | 
 SUKAN > BERITA

Tang Jie-Ee Wei Tersingkir terbuka Malaysia 2026

09/01/2026 11:36 PM

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Kegagalan mengawal rentak serangan pada awal set penentuan menjadi punca pemain beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tersingkir pada peringkat suku akhir Terbuka Malaysia 2026 di Axiata Arena, di sini hari ini.

Juara dunia itu tewas 17-21, 21-17, 10-21 kepada pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, dalam pertembungan sengit yang berlangsung selama 67 minit.

“Kami telah mencuba sehabis baik, namun pada awal set penentuan, saya gagal mengekalkan rentak serangan.

“Jadi ia menyebabkan kami ketinggalan jauh 11 mata. Sepatutnya pada masa itu, saya perlu ada lebih banyak strategi berbanding melakukan kesilapan,” kata Tang Jie, sambil menyifatkan gandingan Hong Kong itu jauh lebih berpengalaman.

Kekalahan itu menyaksikan rekod pertemuan Tang Jie-Ee Wei dengan pasangan Hong Kong kini seimbang 2-2, dengan pertemuan terakhir pasangan negara itu memperoleh kemenangan pada Terbuka Perancis 2025, Oktober lepas.

Ditanya sama ada mereka kecewa, Ee Wei berkata adalah normal untuk berasa hampa tetapi menerimanya sebagai sebahagian daripada sukan dan menghargai sokongan para peminat serta memohon maaf kerana gagal mara ke pusingan seterusnya.

Tang Jie-Ee Wei bakal beraksi pada kejohana Terbuka India 2026 dari 13 hingga 18 Jan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan