KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari, memulakan kempen dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua Tournament of Champions (ToC) 2026 yang berlangsung di New York, Amerika Syarikat, pada Jumaat.
Turun selaku pilihan kelima kejohanan, Sivasangari menampilkan aksi meyakinkan untuk menewaskan wakil Scotland, Georgia Adderley, 11-8, 11-4, 11-4 dalam tempoh 28 minit.
Pada pusingan kedua, beliau dijadualkan bertemu pemain tuan rumah, Amanda Sobhy.
Sementara itu, dua lagi wakil negara, Aifa Azman dan Aira Azman masing-masing tersingkir di pusingan pertama kejohanan bertaraf Platinum itu.
Aifa tewas kepada pemain Belgium, Nele Gilis, 8-11, 3-11, 5-11, manakala Aira kecundang di tangan pemain Amerika Syarikat, Marina Stefanoni, 7-11, 8-11, 5-11.
Dalam kategori lelaki, Ng Eain Yow melepasi halangan pertama apabila menewaskan pemain England, Curtis Malik, 11-7, 11-3, 11-2.
Kemenangan itu menyaksikan beliau akan berdepan pilihan kelapan kejohanan yang juga wakil England, Mohamed El Shorbagy.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial