SUKAN > BERITA

Ahmad Zahid Ucap Tahniah Kepada Goh Jin Wei

01/02/2026 07:36 PM

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang merangkul gelaran naib juara Kejohanan Badminton Masters Thailand 2026, hari ini.

Beliau berkata meskipun Goh terpaksa menarik diri pada set kedua akibat kecederaan, pencapaian mara ke pentas final adalah satu kejayaan yang memberangsangkan dan membanggakan negara.

Pencapaian itu katanya menyaksikan Goh melakar sejarah sebagai wakil negara pertama beraksi di pusingan akhir kejohanan itu dalam acara perseorangan wanita.

“Syabas Goh Jin Wei! Semoga segera pulih dan terus melakar kejayaan lebih gemilang di pentas antarabangsa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Goh terpaksa menarik diri ketika menentang wakil India, Devika Sihag di Stadium Nimibutr, Bangkok. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan