KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) bakal melantik seorang konsultan dari Thailand secara sepenuh masa bagi memperkuatkan skuad wanita negara sebagai persediaan menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027.
Presiden PSM Datuk Mohd Sumali Reduan berkata perunding berkenaan akan membantu barisan jurulatih sedia ada terutama dari aspek kemahiran dan taktikal.
“Fokus kita adalah untuk Sukan SEA Kuala Lumpur tahun depan sebab kita tuan rumah. Sebab itu kita ambil dari sekarang.
“Dia (konsultan) tidak fokus kepada tekong atau perejam sahaja tetapi kepada semua pemain supaya peningkatan dapat dilakukan secara segera dan mereka mampu bersaing dengan lebih baik,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil di sini hari ini.
Mohd Sumali berkata proses pelantikan tersebut diharap dapat diselesaikan selewat-lewatnya bulan hadapan.
Beliau berkata ketika ini beberapa calon sudah dikenal pasti dan akan dipanggil bagi menghadiri sesi temu duga yang dijadual berlangsung dalam masa terdekat.
“Kalau dapat (selesai) dalam masa sebulan dari sekarang, lagi cepat lagi bagus,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial