SUKAN > BERITA

Aaron-Wooi Yik Teruskan Buruan Gelaran All England 2026

06/03/2026 10:44 PM

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2026 selepas menumpaskan rakan senegara Man Wei Chong-Tee Kai Wun dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Birmingham, hari ini. 

Pasangan ranking kedua dunia itu mencatat kemenangan 21-16, 20-22, 21-14 dalam pertarungan selama 61 minit, sekali gus menempah tiket ke kelompok empat terbaik kejohanan bertatus Super 1000 itu.

Kemenangan itu juga menjadi yang kelima buat Aaron-Wooi Yik ke atas pasangan senegara tersebut daripada lapan pertemuan keseluruhan sebelum ini.

Di separuh akhir, Aaron-Wooi Yik dijadual menentang pasangan China, Chen Bo Yang-Liu Yi yang mara selepas menewaskan pasangan Indonesia, Muhammad Rian Ardianto-Rahmat Hidayat, 21-16 dan 21-10 dalam satu lagi aksi suku akhir. 

Pertemuan itu bakal menjadi yang keempat antara kedua-dua pasangan dengan Aaron-Wooi Yik memiliki kelebihan rekod 3-1 ke atas gandingan dari China berkenaan.

Kemenangan dalam aksi separuh akhir nanti bakal membawa pasangan negara itu ke pentas final All England sekali gus membuka peluang untuk menambah satu lagi pencapaian berprestij dalam karier mereka di pentas antarabangsa.

--— BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan