BERITA TERGEMPAR   Super League: PDRM FC 1-6 Negeri Sembilan FC | 
 SUKAN > BERITA

Terbuka Switzerland 2026: Khai Xing-Aaron Tersingkir Dalam Perlawanan Suku Akhir

13/03/2026 11:22 PM

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Kempen bagi beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai dalam Terbuka Switzerland 2026 berakhir selepas tewas pada suku akhir dalam masa hanya 37 minit menerusi pertemuan pertama mereka, hari ini.

Gandingan itu kalah kepada pasangan pilihan ketujuh Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dari Denmark dengan 19-21, 15-21 di St. Jakobshalle di Basel, Switzerland.

Kekalahan itu juga menandakan berakhirnya cabaran Malaysia dalam kejohanan itu dengan Khai Xing-Aaron menjadi wakil terakhir negara pada pertandingan itu.

Beregu Denmark mara ke separuh akhir dan akan bertemu dengan gandingan Thailand Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul, yang menewaskan Eloi Adam-Leo Rossi dari Perancis, 21-19, 21-12, dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan