TINTA MINDA

PENDEKATAN MADANI SANTUNI MISKIN KOTA

07/06/2023 01:17 PM
Pendapat mengenai pelbagai isu semasa daripada peneraju pemikiran, kolumnis dan pengarang.

 

Oleh : Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menampilkan wawasan Madani sebagai agenda nasional untuk membawa anjakan menangani golongan miskin kota. Beliau tidak mahu bandar terutama dalam kawasan DBKL hanya megah dengan gedung pencakar langit, akan tetapi golongan ekonomi kecil tidak disantuni. Dari ruang peniaga kecil yang tidak diatur dengan baik sehingga menampilkan kawasan setinggan dan mereka yang  mencari rezeki dalam keadaan tidak tersusun dan serba daif terhimpit di tengah-tengah gedung mewah pencakar langit.

     

 

Kemiskinan kota adalah realiti yang tidak dapat dinafikan. Mengikut model pembangunan berasaskan proses perbandaran yang pesat, ketempangan berlaku bila migrasi desa ke kota bergerak deras. Dalam memacu pembangunan yang biasanya berpusat di kota inilah penghuni kota yang berpendapatan rendah menjadi kelompok yang rentan berdepan dengan kesempitan hidup di bandar yang sangat materialistik dan individualistik. Persekitaran yang demikian telah merombak kehidupan pendatang dari desa ke kota kepada hidup bersaing dan saling merebut ruang. Ditambah lagi persaingan perniagaan, tempat tinggal, peluang pekerjaan, kemudahan asas di tengah-tengah pendatang luar yang memenuhi pasaran buruh, tertumpu di kota.

 

(Semua yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak menggambarkan dasar atau pendirian rasmi BERNAMA)