Sambutan kemerdekaan ke-67 dan Hari Malaysia menjadi medan lonjakan semangat patriotisme dan anjakan baharu pembaharuan negara.
Dalam proses peralihan zaman dan pemerkasaan pembangunan negara berteraskan keperluan dan tuntutan masa depan, pegangan asas dari segi etika, norma dan nilai menjadi takrifan penentu kemajuan tamadun dan bangsa.
Kemajuan ketamadunan dan negara tidak hanya berlandaskan kepada pembangunan materialistik, intelektual dan aset nyata secara langsung, dan semua ini didukung oleh kemajuan selari dari segi akhlak, nilai dan norma masyarakat yang cuba dibentuk dan disempurnakan dalam mengikut perubahan masa depan.
Penanda aras kemajuan mesti seiring dan selari dengan kekayaan dan kemajuan intelek dan juga sahsiah, akhlak dan jati diri dan negara yang mencerminkan kekayaan tamadun dan negara dan tidak boleh diukur dalam dogma zero-sum atau priority of one at the expense of the other.
Dalam memastikan kelangsungan tahap tertinggi, asas kemajuan negara bukan tertakluk kepada pembangunan aset nyata, sistem dan modan insan semata-mata.
Kesejahteraan insan yang meliputi kayu ukur kebahagiaan holistik dalam kualiti alam sekitar, jaminan bebas pencemaran, kesihatan komprehensif optimum, dan ruang pemerkasaan jaminan kebebasan sistem dan nilai berasaskan prinsip freedom and democracy menjadi teras kriteria kritikal selain daripada kayu ukur konvensional.
Impak kejayaan Malaysia di mata dunia bukan hanya akan dinilai dan diukur dari segi sumbangan ekonomi dan ilmu secara amnya, evolusi peradaban dunia dan kemanusiaan yang berlandaskan kesucian dan penghayatan nilai, prinsip dan pegangan murni dalam membentuk ketamadunan masa depan menjadi perintis kebanggaan bersama.
Negara mesti mencari sumber kekuatan baharu yang akan memberikan pulangan strategik dan berangkai. Ini termasuk dalam landskap sumber mineral baharu dan memberikan penekanan kepada aset nyata kedudukan geografi yang akan menjadi tunjang kuasa baharu.
Perubahan era dunia baharu dengan cabaran geopolitik dan ekonomi serta transformasi demografi baharu dalam dekad dan abad akan datang memerlukan perubahan seiring dari segi pendekatan dan mentaliti modal insan.
Impak perubahan iklim, cabaran geopolitik dan ekonomi dan cabaran demografi dan pegangan prinsip dan ideologi masa depan semuanya akan menguji daya tahan sesebuah negara dan tamadun.
Perubahan demografi akan datang akan menyaksikan kemelut ageing society dan perspektif dan tuntutan Generasi baharu Alpha dan Z.
Dalam era post normal times di mana kita melihat perubahan mendadak dalam semua sektor pada masa yang sama, transformasi dan reformasi dalam mesti diadakan.
Gagasan mencecah lembaran pencapaian baharu yang diimpikan, faktor seiring yang harus difokuskan adalah kepada pembangunan manusiawi yang setara dengan pembangunan dan kemajuan aset nyata. Pembangunan nilai dan prinsip kemanusiaan yang berlandaskan teras manusiawi dan transformasi sikap, moral, etika dan prinsip dan pegangan sahsiah.
Dalam usaha untuk mengangkat darjat kemajuan dan pembangunan baharu, kita tidak boleh mengenepikan tuntutan kritikal dalam aspek integriti dan tatakelola serta governans yang jitu, bertanggungjawab dan beretika. Cara kerja dan tatakelola yang beramanah serta berintegriti mesti bergerak seiring dengan haluan kita untuk mencapai kegemilangan fizikal.
Institutional resilience memperkasa kekentalan institusi dalaman dari segi keutuhan sistem dan corak landasan tata negara, tatakelola, landasan dan pegangan prinsip asas serta sistem governans yang berlandaskan perubahan masa depan, namun tetap kukuh dalam memperkasa norma dan nilai dalaman. Ini bercirikan acuan dan jiwa negara yang teguh dalam memastikan kendiri dan kelestarian sistem dan asas yang kukuh kekal terjaga.
Ini termasuk memperkukuh struktur asas konsep negara yang berpaksikan Raja Berperlembagaan, kedaulatan undang-undang, keluhuran perlembagaan dan sistem pentadbiran yang efisien, modern dan bersandarkan nilai dan norma.
Landasan Baharu Mengangkat Kecemerlangan Dunia dan Serantau
Bidang masa depan seperti semikonduktor, kepintaran buatan dan robotik, penerokaan alam semesta dan kemajuan digital semuanya akan membentuk dimensi baharu dalam konsep kemanusiaan.
Peralihan kemajuan ekonomi akan mencerminkan transformasi baharu ini, dan negara mesti bergerak seiring dengan kemajuan dan kekayaan fizikal dan kekayaan nilai, dan pegangan ilmu.
Kekentalan institusi serta kepakaran dalaman harus dipergilap dalam menghadapi impak perubahan iklim yang akan menjadi lebih serius.
Dalam sejarah perubahan geopolitik global, perubahan pesat dialami dalam 30 tahun yang lepas sejak tamatnya Perang Dingin, dan tempoh ini membuahkan cetusan perubahan secara drastik terutamanya dalam kancah digital, komunikasi, globalisasi dan perubahan budaya dan pegangan ideologi.
Perubahan ketara dalam tempoh masa yang singkat ini telah mengubah corak dan rubrik kemanusiaan dan perjalanan ekonomi dan politik global yang tidak pernah dilihat dalam sejarah manusia.
Transformasi akan datang akan menjadi lebih drastik dan ketara dari segi perubahan dalaman dan luaran, dan ini menuntut kekentalan dan keutuhan pegangan nilai namun kekal membara dalam hasrat menggunung untuk mengangkat darjat dan kegemilangan negara.
Malaysia harus memastikan keunikan sistem, legasi dan sejarah pembinaan negara kekal terpelihara dan dipertahankan. Sejarah 100 tahun lepas menyaksikan konflik dan kecelaruan politik, perang dan ekonomi yang melanda dunia dan juga negara yang membawa kepada kepincangan sistem, dampak dan struktur.
Keupayaan rencana masa depan memerlukan tuntutan baharu untuk memberikan gambaran big picture of futuristic intent and conviction dalam menggerakkan usaha untuk membangunkan sektor baharu walaupun impak langsung tidak akan dirasai sekarang.
Wadah Pemangkin Pemerkasaan Nilai
Dalam menelusuri lakaran pembangunan landskap politik dan pembangunan negara yang baharu, prinsip dan nilai asas negara yang bertunjangkan kepada kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara dan keluhuran Perlembagaan serta pemupukan perpaduan dan kesejahteraan masyarakat menjadi kayu ukur penghasilan landasan yang teguh dalam menjana transformasi hala tuju pembangunan negara dan galvanisasi holistik modal insan.
Dalam merungkai halangan masa depan dan merentasi polemik lama, penghargaan dan pengiktirafan setiap lapisan masyarakat untuk terus menzahirkan usaha dan pengorbanan kepada negara yang berlandaskan keutuhan semangat patriotisme dan cintakan negara menjadi pegangan bersama yang akan terus mekar dalam dinamika kelangsungannya yang kebal dimamah usia.
Tiada likuan ranjau dan cabaran yang mustahil untuk ditangani dengan kejituan perpaduan dan kesepakatan bersama dalam melakar jalan penyelesaian dan membentuk teraju pencapaian baharu.
Impak kejayaan Malaysia di mata dunia bukan hanya akan dinilai dan diukur dari segi sumbangan ekonomi dan ilmu secara amnya, evolusi peradaban dunia dan kemanusiaan yang berlandaskan kesucian dan penghayatan nilai, prinsip dan pegangan murni dalam membentuk ketamadunan masa depan menjadi perintis kebanggaan bersama.
Sejarah perjalanan negara ke arah wawasan baharu yang berdaya saing dan dinamik diwarnai dengan likuan dan pancaroba yang berbeza, diselami dengan detik kejayaan dan juga cabaran yang melanda.
Dalam usaha untuk menggegar angkasa, mentaliti dan hala tuju mesti bergerak seiring dalam meninggalkan perangkap kepompong lama.
Dengan adanya lapisan sokongan struktur, sistem dan modal insan serta akar umbi yang utuh dan kental, hala tuju negara akan kekal cerah.
Masyarakat Malaysia mesti mengekalkan prinsip dan nilai negara serta mempertahankan keharmonian, perpaduan dan tata rukun negara yang akan menyemarakkan semangat kenegaraan yang kebal dengan peredaran zaman.
Dalam menyemarak semangat kekitaan serta perpaduan rakyat dan penanaman nilai dan prinsip berlunaskan patriotisme dan cintakan negara, keunikan makna dan sandaran kepada nilai, wawasan, pegangan serta prinsip jati diri dan patriotisme kepada negara tercinta menjadi titik tolak dan peneraju kepada masa depan negara.
Universiti Malaya Memacu Hasrat dan Aspirasi Negara
Dalam aspek memajukan negara dalam semua dimensi, Universiti Malaya sebagai universiti tertua dan terbaik negara akan terus menjadi sandaran dan penjulang negara.
Pendidikan tinggi negara dan universiti di seluruh Malaysia perlu berani, teguh dan kental dalam perubahan dan reformasi sistem pendidikan, dengan mengambil kira tuntutan masa depan.
Dalam perubahan ini, UM berpegang teguh dan terus yakin dan berani dalam membuat perubahan dan transformasi strategik, dalam usaha menggapai langit dan mencorak acuan baharu, dan tetap kental dalam norma dan nilai negara dengan bersinonim tagline UM iaitu Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani (Home of the Bright, Land of the Brave).
Dalam tujahan ini, Universiti Malaya akan menyasarkan tumpuan kepada 10 sasaran kritikal baharu masa depan, antaranya industri semikonduktor dan nadir bumi, tenaga nuklear dan tenaga baharu, pemerkasaan sektor kesihatan dan lembaran penyelidikan perubatan baharu, teknologi nano dan kuantum, kepintaran buatan dan sains angkasa, dan lain-lain.
Justeru, Universiti Malaya mesti membuka laluan baharu untuk negara.
Universiti Malaya akan terus proaktif, strategik dan futuristik dalam memperkasa landasan baharu sektor dan tumpuan penyelidikan yang akan melonjak kepentingan negara.
Ekosistem komprehensif yang berdasarkan kepada all of university and whole of industry approach menjadi sandaran utama dalam memastikan kepakaran digembleng.
Dalam perubahan ini, UM berpegang teguh untuk yakin dan berani dalam membuat perubahan dan transformasi strategik, dalam usaha menggapai langit dan mencorak acuan baharu, dan tetap kental dalam norma dan nilai.
Rencana masa depan negara akan terus terjamin dengan jalinan aspirasi bersama dalam memacu aspirasi baharu, dan Universiti Malaya akan terus memainkan peranannya sebagai universiti terunggul negara untuk mempelopori gagasan baharu masa depan.
-- BERNAMA
Profesor Dato’ Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman ialah Naib Canselor Universiti Malaya & Felo, Akademi Sains Malaysia