BERITA TERGEMPAR   Tanah jerlus: JKM akan beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa - Dr Zaliha | 
 WILAYAH - SARAWAK > BERITA

MB Pahang Nafi Dakwaan Tanah Rizab Melayu Semakin Berkurang

24/08/2024 05:29 PM

KUANTAN, 24 Ogos -- Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini menafikan dakwaan Tanah Rizab Melayu di negeri itu semakin berkurangan seperti yang tersebar di TikTok. 

Sebaliknya, beliau berkata kawasan Tanah Rizab Melayu sejak 1955 hingga 2023 semakin bertambah daripada 218,326 hektar kepada 444,074 hektar berbanding keluasan negeri Pahang 3,597,206.68 hektar, iaitu pertambahan daripada enam kepada 12.34 peratus.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya hantaran (kandungan TikTok) itu dan ia merupakan satu fitnah dan permainan persepsi negatif untuk memburukkan kerajaan negeri.

"Ini kerana, kerajaan negeri sentiasa memastikan Tanah Rizab Melayu terus dipertahan selain akan terus melaksanakan penguatkuasaan bagi menghalang sebarang aktiviti pencerobohan tanah secara haram di atas tanah kerajaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Wan Rosdy berharap orang ramai tidak mudah terpengaruh dan menyemak kesahihan sesuatu maklumat terlebih dahulu dengan pihak berwajib.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan