WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Kilang Padi Terbakar, Musnah 60 Peratus

31/08/2024 03:06 PM

KOTA BHARU, 31 Ogos (Bernama) -- Sebuah kilang padi yang tidak beroperasi di Kampung Tempoyak Ketereh di sini musnah 60 peratus akibat kebakaran awal pagi semalam.

Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba Md Roslan Omar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 1.32 pagi semalam dan mendapati kilang itu telah terbakar sebanyak 60 peratus.

Beliau berkata operasi pemadaman dilakukan menggunakan sumber air parit termasuk menerima bantuan jengkaut sebelum kebakaran dapat dikawal pada 2.07 pagi.

“Kami turut mendapatkan bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh dan dua balai lain bagi membantu operasi pemadaman menerusi kekuatan 23 anggota dan pegawai terlibat. 

"Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan