WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Polis Kesan Individu Umpil Tabung Masjid Libatkan Kerugian RM3,000

09/09/2024 11:11 PM

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai mengumpil dua tabung derma di Masjid An-Nur di USJ 4 Subang Jaya pagi semalam yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM3,000.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat dalam kenyataan berkata perbuatan suspek yang memakai baju biru, seluar panjang berwarna coklat dan menggalas beg p-hailing mengumpil dan mengambil wang tabung di lobi masjid itu, dirakam kamera litar tertutup pada 11.40 pagi semalam.

Beliau berkata kejadian itu disedari setiausaha masjid pada 9.30 malam hari yang sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil menyalurkan maklumat dan memberikan kerjasama kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-7862 7222 (Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya),” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan