WILAYAH - TIMUR > BERITA

PAS Nafi Ada Kaitan Dengan Syarikat Didakwa Eksploitasi Kanak-kanak, Agama

14/09/2024 03:44 PM

TEMERLOH, 14 Sept (Bernama) -- PAS menafikan parti itu mempunyai kaitan dengan syarikat yang didakwa mengeksploitasikan kanak-kanak dan agama susulan serbuan ke atas 20 rumah amal di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan serta menahan 171 individu baru-baru ini.

Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata walaupun beberapa pihak antarabangsa mengaitkan PAS dengan syarikat  berkenaan namun beliau menegaskan perkara itu tidak benar kerana tiada ahli PAS yang terlibat.

"Tak ada hubungan dengan kita langsung, walaupun beberapa pihak antarabangsa mengaitkan (PAS) itu satu berita tidak betul dan salah … bukan ahli dan tak ada kaitan dengan kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar di Muktamar PAS ke-70 di Kompleks Al Makmur Kerdau di sini hari ini.

Ditanya mengenai syarikat itu 'menggunakan' agama untuk menjalankan kegiatan mereka, Abdul Hadi berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung isu berkenaan. 

Menerusi Op Global baru-baru ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata seramai 171 individu ditahan selepas 20 rumah amal di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan diserbu bagi membantu siasatan kes atas sebuah syarikat. 

Razarudin dilaporkan berkata seramai 402 orang masing-masing 201 individu lelaki dan wanita berumur setahun hingga 17 tahun telah diselamatkan dan ditempatkan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan