WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Kem Wushu Bawa Pulang Tiga Emas Pada Kejohanan Asia Di Macau

15/09/2024 08:29 PM

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Skuad wushu negara menutup kempen Kejohanan Wushu Asia ke-10 di Macau dengan cemerlang apabila membawa pulang tiga pingat emas, empat perak dan tiga gangsa pada kejohanan yang berlangsung sejak Khamis lepas sehingga hari ini. 

Mengikut laman http://wsresult.justtool.com/ResultsInfo, menyaksikan pingat emas pertama negara muncul menerusi atlet wushu lelaki negara Bryan Ti Kai Jie dalam acara nanquan lelaki dengan kutipan 9.696 mata di hadapan atlet Korea Selatan Yun Donghae (9.690) dan pencabar dari Vietnam (9.690). 

Malaysia meneruskan rentak kecemerlangan menerusi Tan Cheong Min untuk pingat emas kedua negara dalam acara nandao wanita dengan kutipan mata 9.693 meninggalkan pencabar Uzbekistan Latisheva Darya (9.690) yang meraih pingat perak dan gangsa untuk atlet Iran Asadian Helia (9.676). 

Acara duilian lelaki turut menyumbang satu emas menerusi Muhammad Danish Aizad, Si Shin Peng dan Bryan dengan kutipan mata 9.593 meninggalkan skuad Filipina (9.556) dan Hong Kong (9.536). 

Sementara itu, Malaysia turut meraih pingat perak dalam acara nandao lelaki menerusi Bryan dengan 9.703 mata dan Muhammad Danish Aizad dalam acara changquan lelaki (9.710) selain Cheong Min turut menyumbang satu lagi perak dalam acara nangun wanita dengan 9.693 mata. 

Pingat gangsa masing-masing diperolehi Si Shin Peng dalam acara Jianshu lelaki (9.693), Clement Ting Su Wei bagi acara gunshu lelaki (9.969) dan Wong Zhi Hong-Sydney CHIN Sy Xuan dalam acara taijiquan campuran (9.743).

Dalam pada itu, presiden Persatuan Wushu Malaysia (PWM) Datuk Chong Kim Fatt berkata prestasi memberangsangkan ditampilkan skuad wushu itu merupakan hadiah buat negara bersempena sambutan Hari Malaysia esok. 

“Malaysia menduduki tempat kedua dalam carta pingat kategori Taolu. Kejayaan ini dicapai hasil kerjasama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) serta PWM,” katanya. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan