WILAYAH - SARAWAK > BERITA

JPN Nafi Hantaran Tular Bantuan Mykad RM700 Fasa 3 Sept 2024

26/09/2024 05:44 PM

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan hantaran tular di media sosial mengenai pemberian bantuan wang tunai sebanyak RM700 yang dibuat oleh Jabatan itu.

JPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan hantaran dibuat oleh pemilik akaun di platform TikTok itu adalah palsu.

“Sebarang maklumat berhubung bantuan kewangan oleh kerajaan, ia boleh disemak di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) (bantuantunai.hasil.gov.my),” kata kenyataan itu.

JPN juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan hantaran sebegitu serta jangan sesekali menekan pautan yang tidak pasti. 

“Untuk sebarang pertanyaan berkaitan JPN, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8880 7077 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my,” tambah kenyataan itu.

Terdahulu, tular satu video di aplikasi TikTok daripada akaun @malaysia.madani.2024 yang memaparkan maklumat palsu mengenai ‘Bantuan MyKad RM700 Fasa 3 September 2024’. 

Video berkenaan mendapat lebih 362,800 tontonan dan 6,175 tanda suka. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan