WILAYAH - SARAWAK > BERITA

China Wartakan Rancangan Universal Terajui Tatakelola AI Global

27/09/2024 03:00 PM

BEIJING, 27 Sept (Bernama-CMG) -- Rancangan Universal Pembinaan Keupayaan Kecerdasan Buatan (AI) yang diwartakan China di luar sesi perdebatan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-79 di New York baru-baru ini memperlihatkan peranan China sebagai peneraju dalam tatakelola pembangunan AI di persada dunia.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian di sini pada Khamis.

Menurut Lin, rancangan itu diwartakan China dalam satu sidang peringkat kanan kerjasama antarabangsa mengenai pembinaan keupayaan AI anjuran bersama oleh China dan Zambia, yang turut diserikan dengan kehadiran Menteri Luar China Wang Yi, Presiden Serbia Aleksandar Vucic dan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia Luhut Binsar Pandjaitan.

"Rancangan terbabit bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan antara pelbagai negara dalam bidang AI dan mendorong pelaksanaan Agenda Pembangunan Lestari PBB 2030, dengan menyasarkan lima bidang yang dijadikan perhatian 'Selatan Global', iaitu infrastruktur, kemampuan perindustrian, latihan sumber manusia, pembangunan data dan tata kelola keamanan. 

"Dalam pada itu, China akan memberi tumpuan kepada 10 aspek penting berkaitan dengan pelaksanaan rancangan tersebut," kata Lin. Aspek-aspek itu termasuklah menggalakkan kesalinghubungan antara infrastruktur kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan, melaksanakan kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan, serta penggunaan model dan Pembangunan Bahan Bahasa. Selain itu, China juga akan meningkatkan penyelarasan dan pertukaran strategi serta dasar antara pelbagai negara, dan bersedia berkongsi pengalaman teknikal yang telah diperoleh melalui praktik yang dilaksanakan."

"Seminar AI yang akan dianjurkan China sebanyak 10 edisi untuk negara membangun menjelang 2025, dan 'pasukan kerjasama antarabangsa pembinaan keupayaan AI" yang disarankan China, bertepatan dengan pelaksanaan rancangan berkenaan," tambah beliau.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan