WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Masalah Peribadi, Hutang Dipercayai Punca Pengawal Keselamatan Dibunuh

29/09/2024 09:14 PM

SHAH ALAM, 29 Sept (Bernama) -- Masalah peribadi dan hutang dipercayai motif pembunuhan pengawal keselamatan yang mayatnya ditemukan dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama, Sabak Bernam, 16 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Robin Guha Thakurta berkata maklumat itu diperoleh hasil siasatan terhadap seorang lelaki berusia 20-an yang juga rakan sekerja mangsa, yang ditahan sehari selepas penemuan mayat terbabit.

Beliau berkata polis turut merampas beberapa barangan daripada lelaki terbabit termasuk tiga pisau dan pakaian dipercayai digunakan ketika kejadian. 

“Hasil bedah siasat dijalankan di Hospital Sungai Buloh menemukan kesan tikaman, kelar serta kecederaan akibat objek tumpul dan keras pada beberapa bahagian badan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Robin berkata lelaki berkenaan yang kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan akan didakwa di Mahkamah Kuala Selangor esok.

Sebelum ini Robin dilaporkan berkata mayat pengawal keselamatan berkenaan dijumpai selepas pihaknya menerima maklumat daripada anggota kereta peronda polis pada 6.04 petang, 16 Sept lepas.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan