BERITA TERGEMPAR | Malaysia conveys deepest appreciation, welcomes flood aid from Pakistan in honour of friendship between both countries - PM Anwar | |
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Tourism Malaysia akan mempergiat usaha mempromosi lokasi pelancongan jarang dikunjungi atau lesser known destination dalam negara tahun hadapan bagi merancakkan lagi sektor pelancongan domestik, kata Ketua Pengarahnya Datuk Manoharan Periasamy.
Beliau berkata usaha itu penting memandangkan Malaysia mempunyai pelbagai destinasi kaya dengan khazanah alam yang berpotensi untuk dijadikan lokasi tumpuan pelancongan.
“Contohnya, destinasi tarikan seperti Sky Mirror di Sekinchan juga terdapat di Johor. Blue Tears di Sekinchan juga boleh kita lawati di Pulau Sembilan, Perak. Lokasi air terjun, alam semula jadi khususnya di Kota Bharu, Sabah dan Sarawak juga antara destinasi yang mampu menarik lebih banyak pelancong tempatan.
“Kita mahu ambil kesempatan bekerjasama dengan syarikat korporat seperti Petronas, PLUS dan sebagainya untuk kita laksanakan satu program nilai tambah bagi menggalakkan rakyat Malaysia melancong dalam negara,” katanya kepada Bernama selepas sidang media MYES 2024 di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri bagi mempergiatkan aktiviti mempromosi lokasi yang jarang dikunjungi terlibat.
“Jadi, satu daripada cara akan dilakukan adalah melalui pempengaruh tempatan. Kita akan membawa mereka ke lokasi berkaitan supaya mereka boleh mempromosikan atau menguar-uarkannya dalam platform media sosial mereka,” katanya.
Beliau berkata dengan usaha itu, ia secara tidak langsung dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi setempat khususnya kepada pengusaha kenderaan sewa, restoran, perusahaan kecil dan sederhana serta penginapan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial