WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Awas Dengan 'Scammer' Menyamar Pegawai RTM

03/12/2024 06:32 PM

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerima beberapa aduan berhubung scammer atau penipu yang menyamar sebagai pegawainya untuk menipu syarikat penyedia perkhidmatan katering.

Jabatan Penyiaran Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata individu tidak bertanggungjawab itu turut memalsukan segala dokumen lengkap beserta kepala surat dari RTM.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan tidak terpedaya dengan modus operandi baharu pihak tidak bertanggungjawab ini," menurut kenyataan itu.

Pembekal pula digalakkan untuk membuat semakan silang melalui telefon dan sebagainya bagi pesanan yang diterima.

Untuk makluman, mulai Disember 2024, RTM tidak membuat apa-apa tempahan sebut harga atas sebab penutupan akaun.

Orang ramai boleh berhubung terus dengan RTM di talian 03-2282 5333 untuk sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan