KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini tiba di Australia bagi memulakan lawatan kerja rasmi selama dua hari dalam usaha memperkukuhkan kerjasama pertahanan kedua-dua negara.
Mohamed Khaled berkata semasa lawatan itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia Richard Marles, dan mempengerusikan secara bersama Mesyuarat Jawatankuasa Tinggi (HLC) bagi Program Pertahanan Malaysia-Australia (MAJDP) ke-4.
“Mesyuarat HLC MAJDP melibatkan kepimpinan tertinggi kementerian pertahanan dan angkatan tentera kedua-dua negara.
"Antara lain ia membincangkan langkah-langkah untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Australia, baik dari segi bilateral mahupun multilateral, termasuk dalam soal kesedaran domain maritim, perkongsian maklumat dan bidang kerjasama masa depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu ketibaan Mohamed Khaled di Lapangan Terbang Antarabangsa Tullamarine, Melbourne hari ini (10.50 pagi waktu tempatan) disambut oleh Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud dan Penasihat Pertahanan Malaysia di Canberra Kol Mahamad Fazli Mat Idris.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial