WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PEMUDA UMNO KUMPUL DATA RUMAH, BANGUNAN ROSAK UNTUK BANTU MANGSA BANJIR

10/12/2024 06:20 PM

PASIR MAS, 10 Dis (Bernama) -- Pergerakan Pemuda UMNO menerusi Skuad Sabil membantu mengumpul data rumah dan premis yang rosak dalam bencana banjir di beberapa negeri baru-baru ini bagi dibaik pulih pihak berkaitan.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata kehadiran Skuad Sabil di sesebuah lokasi bagi misi bantuan pasca banjir bukan sahaja untuk membersihkan kawasan tetapi bertindak sebagai ejen kerajaan dalam membantu rakyat terjejas.

"Misi ini turut menghulurkan bantuan awal sebanyak RM5,000 kepada Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Harmoni Serungga di sini memandangkan banyak peralatan pembelajaran rosak semasa banjir gelombang pertama 27 Nov lepas.

"Sebanyak 150 sukarelawan digerakkan bagi kerja pembersihan ini yang dilakukan tanpa mengira soal fahaman politik," katanya kepada pemberita di Kampung Serungga, Repek di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan mengusulkan cadangan pembinaan bangunan baharu kepada kerajaan memandangkan tabika berkenaan sudah uzur dengan tingkat atas premis itu diperbuat daripada kayu.

Dr Muhamad Akmal berkata tabika itu adalah satu-satunya lokasi untuk anak-anak di kampung berkenaan mendapatkan pendidikan awal persekolahan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan