KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) – Polis menahan 10 lelaki warga tempatan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel menerusi beberapa serbuan di Bukit Jalil dan Rawang dekat sini pada Isnin dan semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
“Motif perbuatan mencuri ini adalah untuk dijual semula sebagai barangan lusuh,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Mohd Azam berkata semakan mendapati sembilan individu mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan kes dadah dan narkotik manakala hasil ujian saringan air kencing mendapati lima orang positif dadah.
Kesemua suspek direman empat hari hingga 13 Dis ini dan kes disiasat bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial