WILAYAH - SARAWAK > BERITA

China, Laos Saling Hantar Tenaga Bersih

27/02/2025 02:45 PM

KUNMING (China), 27 Feb (Bernama-CMG) -- Grid Kuasa Selatan China (CSG) mengumumkan bahawa pembinaan projek jaringan transmisi kuasa 500 kilovolt (kV) hasil kerjasama China-Laos bermula secara rasmi pada Rabu.

Menurut CSG, projek itu melibatkan pembinaan talian penghantaran sepanjang 183.5 kilometer (km) bermula dari provinsi Oudomxay di Laos ke provinsi Yunnan di China, selain pembangunan sebuah substesen baharu berkapasiti 500 kV.

Projek itu dijadual beroperasi pada 2026, dengan kapasiti menyalurkan tiga bilion kilowatt-jam (kWh) elektrik bersih setiap tahun.

Naib Pengurus Syarikat Antarabangsa Lancang-Mekong CSG, Lin Rui berkata fasiliti berkenaan mampu meningkatkan kapasiti penghantaran kuasa dua hala antara China dengan Laos, yang dijangka mencapai 1.5 juta kilowatt.

"Lebihan elektrik dari Laos akan dihantar ke China, manakala ketika penggunaan elektrik di negara itu mencapai tahap puncak, China akan membekalkan kuasa tambahan.

"Melalui pendekatan seumpama ini, agihan bekalan tenaga bersih rentas sempadan dapat terus dioptimumkan," tambah Lin.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan