WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Sistem Penjagaan Kesihatan Gaza Hampir Lumpuh Sepenuhnya – ICRC

09/06/2025 05:33 PM

GENEVA, 9 Jun (Bernama-QNA) -- Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) memberi amaran bahawa sistem penjagaan kesihatan di Gaza hampir lumpuh sepenuhnya, susulan tindakan genosid yang dilakukan oleh pendudukan Israel terhadap rakyat Palestin di wilayah itu selama lebih setahun setengah, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Dalam satu kenyataan pada Ahad, ICRC memaklumkan bahawa kebanyakan rakyat Palestin yang cedera sedang berusaha untuk sampai ke pusat agihan bantuan.

ICRC turut menyatakan bahawa beberapa hari kebelakangan ini menyaksikan peningkatan serangan di sekitar beberapa hospital yang masih beroperasi di Gaza, sambil menyeru supaya kemudahan penjagaan kesihatan yang masih ada dipelihara bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa.

Ia menegaskan bahawa petugas perubatan menghadapi cabaran besar untuk menyelamatkan nyawa dalam keadaan serangan berterusan, sekali gus mengancam keselamatan mereka dan kesinambungan operasi hospital medan.

Jawatankuasa itu mengesahkan bahawa kadar kemasukan pesakit yang cedera yang tidak pernah berlaku sebelum ini telah menyebabkan petugas perubatan keletihan, dengan hospital medan ICRC di Rafah menerima lebih 916 kes dalam tempoh dua minggu lepas, termasuk 41 mangsa yang disahkan meninggal dunia sebaik tiba.

-- BERNAMA-QNA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan