WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PGA Kelantan Rampas 100,000 Batang Rokok Seludup

20/07/2025 02:55 PM

KOTA BHARU, 20 Julai (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 merampas kira-kira 100,000 batang rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM222,000 selepas menahan sebuah kenderaan yang mencurigakan di Kampung Bunut Sarang Burung menerusi Op Taring Wawasan Kelantan pada Jumaat lepas.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata rampasan dilakukan pada 6 pagi selepas suspek melarikan diri dan meninggalkan kenderaan di tepi jalan.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati 100,000 batang rokok putih berada di dalam kenderaan suspek dan dipercayai untuk dijual ke pasaran tempatan.

“Kesemua rokok berkenaan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ros Azhan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 108(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan