KANGAR, 13 Jan (Bernama) -- Sejumlah RM6,957,300 diperuntukkan untuk Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun ini di Perlis, yang akan memberikan manfaat kepada 46,382 pelajar di 104 sekolah di seluruh negeri itu.
Pengarah Pendidikan Perlis Rose Aza Che Arifin berkata daripada jumlah peruntukan itu, sebanyak RM3,702,450 untuk 24,683 murid di 74 sekolah rendah, manakala RM3,254,850 kepada 21,699 pelajar di 30 sekolah menengah di Perlis.
Beliau berkata ibu bapa akan diberikan RM150 untuk setiap anak mereka yang bersekolah, sekali gus pihak sekolah tidak dibenarkan untuk membuat sebarang potongan bagi kegunaan bayaran lain.
“Saya berharap ibu bapa guna dan manfaatkanlah sepenuhnya untuk persekolahan anak-anak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Cura BAP 2026 peringkat Perlis di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khoon Aik, di sini hari ini.
Majlis itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan Gan Ay Ling.
Rose Aza berkata dijangkakan urusan agihan bantuan itu selesai selewat-lewatnya minggu ini, namun mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan ia perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh sesi persekolahan 2026 di negeri itu bermula semalam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial