WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Perjanjian Dengan Iran ‘Sebahagian Besar Sudah Dirunding, Tertakluk Kepada Persetujuan Akhir’ - Trump

24/05/2026 08:14 AM

ISTANBUL, 24 Mei (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Sabtu berkata perjanjian dengan Iran bagi menamatkan perang antara kedua-dua negara itu “sebahagian besar sudah dirunding, tertakluk kepada persetujuan akhir.”

“Satu perjanjian sebahagian besarnya sudah dirunding, tertakluk kepada persetujuan akhir antara Amerika Syarikat, Iran dan pelbagai negara lain,” tulis Trump menerusi platform Truth Social, lapor Anadolu Ajansi.

Trump berkata beliau membincangkan perjanjian yang dicadangkan itu dengan beberapa pemimpin serantau dalam satu “panggilan yang sangat baik”. 

Beliau turut berkata telah mengadakan panggilan telefon dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

“Aspek dan butiran akhir perjanjian itu sedang dibincangkan dan akan diumumkan tidak lama lagi. Selain pelbagai elemen lain dalam perjanjian itu, Selat Hormuz akan dibuka,” katanya.

AS dan Iran sedang merundingkan cadangan serta cadangan balas menerusi Islamabad berhubung pembukaan semula Selat Hormuz, selain menangani kebimbangan mengenai program nuklear Tehran dan pelepasan sekatan.

-- BERNAMA-ANADOLU



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan