WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Kanak-kanak Ditemukan Lemas Selepas Terjatuh Ke Dalam Sungai Ketika Bermain

24/05/2026 03:07 PM

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas pagi ini selepas dilaporkan terjatuh di sungai berhampiran Jalan Welfare, Kampung Baru Sungai Buloh, di sini semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata Paulus Amsal Jimri, 11, ditemukan pada 10 pagi oleh orang awam yang kemudian memaklumkannya kepada pihak berkuasa.

“Mangsa telah dijumpai pada jarak 1.9  kilometer dari tempat mangsa dilaporkan jatuh. Pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) berjaya membawa naik mangsa pada 10.47 pagi, dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan pada 11 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa dipercayai terjatuh ketika bermain bersama rakannya di tepi sungai berhampiran Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) berdekatan Menara FINAS, Damansara Damai.

Ahmad Mukhlis berkata proses pengecaman dilakukan oleh ahli keluarga mangsa pada 11.10 pagi di lokasi kejadian sebelum mayat diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut dan bedah siasat.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua dimulakan pada 7.30 pagi hari ini, dengan melibatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dan BBP Shah Alam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan