BERITA TERKINI   PM Anwar ucap tahniah kepada Pusat Jantung Hospital Serdang atas pencapaian membanggakan dalam beri rawatan berkualiti tinggi kepada rakyat | Tumpuan pembangunan negara tidak hanya kepada digital, teknologi malah berpaksi nilai berteraskan agama - PM Anwar | Kerajaan terus beri sokongan jayakan sambutan Hari Wesak bagi hormati masyarakat Buddha di negara ini - PM Anwar | PM Anwar seru majoriti yang cintakan Malaysia tidak biarkan negara ditawan naratif kebencian | PM Anwar mahu agensi berkaitan turun padang bantu PKS, perjelas pembiayaan disediakan kerajaan | 

Unit Kimlun Corp Raih Kontrak Pembinaan RM128.13 Juta Di Johor Bahru

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kimlun Corporation Bhd (Kimlun Corp), Kimlun Sdn Bhd meraih kontrak pembinaan daripada Tanah Sutera Development Sdn Bhd untuk pembangunan kediaman di Johor Bahru dengan jumlah keseluruhan RM128.13 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat pembinaan dan kejuruteraan itu berkata kontrak tersebut terdiri daripada dua bahagian.

Katanya bahagian pertama yang bernilai RM57.86 juta dijangka siap pada suku ketiga 2026 manakala bahagian kedua yang bernilai RM70.27 juta dijangka siap dalam tempoh 21 bulan dari tarikh permulaan pembinaan.

"Kontrak ini dijangka memberikan sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan Kimlun bagi tahun kewangan sepanjang tempoh kontrak," katanya.

-- BERNAMA