BERITA TERKINI   Perjanjian penyelesaian itu menyelesaikan semua tuntutan sedia ada dan yang berpotensi serta mengikat kedua-dua pihak daripada sebarang tuntutan atau litigasi masa hadapan berkaitan 1MDB - MoF | Setiap pihak juga akan menarik balik semua rayuan yang belum selesai berkaitan dengan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh 1MDB terhadap J.P. Morgan (Switzerland) Ltd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur - MoF | Di bawah penyelesaian dengan kerajaan Malaysia, JPMorganChase akan, tanpa penerimaan liabiliti, menyumbang RM1.4 bilion (US$330 juta) kepada Akaun Amanah Pemulihan Aset Malaysia - MoF | Kerajaan Malaysia dan JPMorganChase hari ini mengumumkan bahawa semua perkara berkaitan 1MDB telah diselesaikan - MoF | Pemukiman khas rentas institusi akan diadakan dalam masa terdekat agar kes buli ditangani secara menyeluruh - Fahmi | 

Kenanga Kekal Unjuran Pertumbuhan Eksport 2024 Pada 7.3 Peratus

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan prospek pertumbuhan eksport yang positif dengan mengunjurkan kadar pertumbuhan pada 7.3 peratus tahun ini berdasarkan petunjuk semasa.

Bank itu menjelaskan meskipun pertumbuhan eksport mencapai 6.0 peratus bagi lapan bulan pertama 2024 tahun ke tahun, iaitu peningkatan 5.1 peratus dalam tujuh bulan, ia masih di bawah sasaran setahun penuh.

"Walaupun momentum positif, namun risiko penurunan pertumbuhan eksport semakin meningkat. Ia termasuk potensi kelembapan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan pemulihan China yang lebih lemah daripda jangkaan. 

“Terutamanya apabila eksport ke China dilihat menurun 2.0 peratus tahun setakat ini, tetapi ini sebahagiannya diimbangi oleh permintaan AS yang kukuh, yang melonjak 18.8 peratus dalam tempoh yang sama,” kata bank itu menerusi Sudut Pandang Ekonomi terbaharunya.

Kenanga Investment berkata kelemahan yang ketara ekonomi AS boleh mengancam prospek eksport Malaysia.

“Selain itu, memandangkan import terus berkembang lebih pantas berbanding eksport, kami menjangkakan lebihan dagangan mengecil dalam tempoh terdekat, yang boleh menekan baki akaun semasa,” katanya.

Perdagangan Malaysia meneruskan prestasi cemerlangnya pada Ogos, meningkat 18.6 peratus tahun ke tahun kepada RM252.65 bilion, kadar pertumbuhan terpantas dalam 22 bulan.

Eksport merosot sedikit kepada 12.1 peratus pada Ogos berbanding 12.3 peratus pada Julai tetapi mengatasi jangkaan konsensus 11.8 peratus.

Import juga melonjak ke paras tertinggi dalam 22 bulan pada 26.2 peratus, jauh melebihi anggaran konsensus sebanyak 21.2 peratus.

Kenanga Investment kekal optimis Malaysia akan mencapai keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 5.0 peratus tahun ini berikutan prestasi kukuh separuh pertamanya.

Pertumbuhan dijangka kekal berdaya tahan sepanjang tahun, didorong oleh aktiviti domestik yang teguh dan perdagangan luar yang bertambah baik, disokong sebahagiannya oleh kesan asas yang rendah.

“Bagaimanapun, kami mengunjurkan pertumbuhan kepada sederhana kepada 4.8 peratus pada 2025, memandangkan pertumbuhan global, terutamanya dalam ekonomi maju, dijangka perlahan,” katanya.

-- BERNAMA