BERITA TERKINI   Gabungan dewan perniagaan di negara ini diminta bekerja sebagai satu pasukan, tingkatkan kemajuan Malaysia - PM Anwar | Kerajaan pilih kadar caruman KWSP 2 peratus bagi pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini - PM Anwar  | Titah Agong: Kerajaan MADANI akan pastikan agihan hasil ekonomi dimanfaat untuk pembangunan negara meliputi segenap lapisan masyarakat - PM Anwar | ACCCIM gesa kerajaan memperkenalkan skim kredit eksport dan mengurangkan duti import ke atas bahan mentah untuk membantu PKS menyesuaikan dengan dasar perdagangan baharu oleh ekonomi utama | Istiadat Pembukaan Parlimen: Titah Agong sarat dengan pesanan, perlu dihayati Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang - Fahmi | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasa berikutan peningkatan permintaan, didorong harapan pelabur terhadap penurunan kadar yang selanjutnya oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan langkah rangsangan ekonomi dari China.

Kontrak niaga hadapan emas pada September 2024 meningkat kepada US$2,632.70 setiap auns troy, naik daripada US$2,624.50 pada Isnin.

Sementara itu, kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025 semuanya ditutup lebih tinggi kepada US$2,645.70 setiap auns troy berbanding US$2,637.30 setiap auns troy sebelum ini.

Jumlah dagangan turun kepada lapan lot daripada 13 lot semalam manakala kepentingan terbuka menokok kepada 49 kontrak daripada 45 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada US$2,629.95 setiap auns troy mengikut harga Persatuan Pasaran Jongkong London pada 23 September.

-- BERNAMA