BERITA TERKINI   Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid meninggal dunia tengah hari tadi | Inflasi Malaysia naik 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 135.7 daripada 133.6 pada bulan yang sama tahun sebelumnya - Jabatan Perangkaan | Semua kegiatan agama dan pembinaan rumah ibadat perlu ikut peraturan ditetapkan pihak berkuasa - PM Anwar | Puasa satu ujian keikhlasan, disiplin dan integriti - PM Anwar | Mulakan Ramadan dengan perasaan tawaduk, muhasabah dan perbaiki diri - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Kontrak bulan semerta September 2024 berkurangan 7.0 mata kepada 1,651.5, Oktober 2024 susut 10 mata kepada 1,653.5, Disember 2024 rendah 11.0 mata kepada 1,659.0 dan Mac 2025 turun 10.5 mata kepada 1,645.0. 

Jumlah dagangan berkurangan kepada 17,403 lot daripada 34,934 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka merosot kepada 63,477 kontrak daripada 90,858 kontrak sebelum ini.

FBM KLCI rendah 11.18 mata atau 0.67 peratus untuk ditutup kepada 1,648.91 daripada 1,660.09 semasa ditutup pada Jumaat.

-- BERNAMA