BERITA TERKINI   Kerajaan sedang mengkaji semula pelaksanaan cukai karbon Malaysia disebabkan situasi geopolitik semasa - NRES | PM Anwar umum peruntukan RM2 juta untuk Kompleks Akademi Sepaktakraw Malaysia - PM Anwar | Rebat tiket penerbangan RM50 kepada rakyat Malaysia bagi laluan Semenanjung–Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Gawai dan Kaamatan, dari 15 Mei-14 Jun -- Loke | Krisis Tenaga Global: CAAM lanjut tempoh kredit bayaran fi dan caj sehingga 60 hari berkuat kuasa 1 Mei bagi pelihara kemampanan operasi industri penerbangan -- Loke | Krisis tenaga global: ERL perkenal MyPutrajaya Monthly Travel Card khas untuk penjawat awam yang bekerja atau menetap di Putrajaya -- Loke | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Kontrak bulan semasa Oktober 2024 meningkat 3.5 mata kepada 1,657.0, November 2024 menambah 6.5 mata kepada 1,660.0, Disember 2024 naik 5.5 mata kepada 1,664.5 dan Mac 2025 menokok 7.0 mata kepada 1,652.0. 

Jumlah dagangan merosot kepada 6,799 lot daripada 17,403 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 46,464 kontrak daripada 63,477 kontrak sebelum ini.  

FBM KLCI naik 7.48 mata atau 0.45 peratus, ditutup kepada 1,656.39 daripada 1,648.91 pada Isnin.

-- BERNAMA