BERITA TERKINI   Malaysia komited mendukung pendekatan terbuka ASEAN yang berteraskan kepercayaan, keterangkuman dan manfaat bersama - Mohamad Hasan | Penyertaan Algeria dan Uruguay ke dalam TAC jadi pemangkin kerjasama lebih erat antara ASEAN dan kedua-dua rantau berkenaan - Mohamad Hasan  | Algeria dan Uruguay secara rasmi sertai TAC pada AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Kadar siling dan lantai koridor OPR juga dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus - BNM | Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus | 

Labuan IBFC Manfaatkan Blockchain, AI Untuk Rangsang Pertumbuhan Fintech

LABUAN, 9 Okt (Bernama) -- Minat yang semakin meningkat terhadap aset digital dan instrumen kewangan alternatif memacu inovasi dan pertumbuhan dalam sektor kewangan Labuan.

Pengerusi Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) Datuk Iskandar Mohd Nuli berkata, dengan memanfaatkan teknologi blockchain, ia boleh menjadikan transaksi kewangan yang lebih berkesan, membolehkan penyelesaian pembiayaan yang lancar dan tanpa sempadan.

“Menjelang akhir 2023, Labuan IBFC mengalu-alukan sebanyak 105 penyedia perkhidmatan kewangan digital, mencerminkan penerimaan yang semakin meningkat terhadap aset digital.

“Walaupun di sebalik ekonomi global yang tidak menentu seperti inflasi tinggi, mudah tunai terhad, dan peningkatan risiko geopolitik, aktiviti pengumpulan dana merentas sektor kekal teguh,” katanya pada pelancaran platform Exchange Digital Asset AIX di sini hari ini.

Beliau berkata prestasi Labuan IBFC mencerminkan daya tahan ini, dengan jumlah aset bagi pusat itu melonjak sebanyak 220.9 peratus, mencecah US$23 juta.

Iskandar berkata kenaikan dalam nilai aset disokong oleh strategi inovatif dan permintaan yang meningkat terhadap peluang pelaburan yang pelbagai.

Beliau berkata Labuan IBFC kini menjadi hos kepada empat bursa beroperasi, dan pengenalan Asia International Exchange (AIX) baru-baru ini menandakan satu pencapaian penting.

“AIX, dibina pada blockchain dan dikuasakan oleh sistem perdagangan kecerdasan buatan termaju, direka untuk mengeratkan kewangan tradisional dengan ekonomi digital yang berkembang pesat.

“Platform ini memberi ruang yang menyaksikan inovasi, kepercayaan dan rangkuman kewangan berhubungan, justeru meningkatkan peranan Labuan IBFC dalam landskap teknologi kewangan global,” katanya.

-- BERNAMA