BERITA TERKINI   Segamat dan Batu Pahat disyor dimasukkan dalam peta hazard seismik - Ahmad Maslan | Gempa bumi Segamat: 62 laporan kerosakan kecil kediaman persendirian, dua surau diterima setakat ini - Ahmad Maslan | Gempa bumi: Sebanyak 15 bangunan kerajaan di Segamat alami kerosakan kecil, anggaran kos baik pulih berjumlah RM550,550 - Ahmad Maslan | Polis rampas 80kg syabu bernilai RM2.6 juta dan tahan tiga suspek di Kota Tinggi minggu lepas - KP Johor | Tan Sri Abu Sahid mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan pecah amanah RM313 juta dan 13 tuduhan pengubahan wang haram RM139.2 juta berkaitan projek MEX II | 

Anggaran Belanjawan 2025 Tertinggi Pernah Diumumkan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) – Anggaran Belanjawan 2025 adalah yang tertinggi pernah diumumkan iaitu RM421 bilion meliputi RM335 bilion belanja mengurus, RM86 bilion belanja pembangunan, tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan terus mengekalkan belanjawan mengembang meskipun bertekad mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat.

“Selain peruntukan pembangunan oleh kerajaan, projek secara usaha sama awam-swasta (PFI) bernilai RM9 bilion turut dilaksanakan serta pelaburan langsung domestik oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) berniIai RM25 bilion,” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata ini menjadikan pelaburan awam untuk pembangunan tahun 2025 berjumlah RM120 bilion.

Dalam pada itu, beliau berkata sekarang bukan masanya untuk melaksanakan projek mega.

“Pembangunan negara akan menumpukan kepada projek-projek berkepentingan rakyat serta kemudahan yang menyokong kawasan perindustrian mengikut keutamaan negeri,” kata beliau.

-- BERNAMA