BERITA TERKINI   Cadangan caruman mandatori KWSP bagi pekerja asing, masing-masing dua peratus untuk pekerja, majikan - Steven Sim | SPB Development Bhd peroleh kelulusan Suruhanjaya Sekuriti untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada Suku-2 tahun ini | Gabungan dewan perniagaan di negara ini diminta bekerja sebagai satu pasukan, tingkatkan kemajuan Malaysia - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah pada Selasa.

Kontrak bulan Oktober 2024 dan November 2024 susut satu mata setiap satu masing-masing kepada 1,642.5 dan 1,646.0.

Sementara itu, kontrak Disember 2024 tidak berubah pada 1,650.0 dan Mac 2025 susut setengah mata kepada 1,638.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5,156 lot daripada 3,893 pada Isnin manakala kepentingan terbuka naik kepada 46,297 kontrak daripada 44,211 sebelumnya.            

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.14 mata atau 0.19 peratus kepada 1,642.54 daripada paras penutup 1,645.68 pada Isnin. 

-- BERNAMA