BERITA TERKINI   Pembentukan Majlis Media Malaysia membolehkan isu dalam industri media diurus dengan lebih terangkum, mampan dan bebas - Fahmi   | Lembaga pengarah akan umum perkembangan penting dalam mematuhi Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Bhd dan seperti dikehendaki undang-undang - NationGate Holdings | Lembaga pengarah pandang serius dakwaan, ambil langkah proaktif pastikan kerjasama sepenuhnya dengan SPRM - NationGate Holdings | Serbuan SPRM terhadap premis NationGate Solution (M) Sdn Bhd semalam sebahagian daripada siasatan dakwaan seludup logam sekerap - NationGate Holdings Bhd | Hala tuju masa depan dasar perkapalan Malaysia akan ditumpukan kepada pendigitalan, penyahkarbonan maritim dan pembangunan armada strategik - Anthony Loke | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka bercampur-campur dalam dagangan awal hari ini. 

Pada 9.27 pagi, kontrak Oktober 2024 tidak berubah pada 1,632.0 manakala November 2024 naik 2.0 mata kepada 1,637.0.

Sementara itu, Disember 2024 merosot 1.5 mata kepada 1,638.0 dan Mac 2025 berkurangan 2.0 mata kepada 1,626.0.

Jumlah dagangan sebanyak 9,225 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 54,840 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI naik 0.60 mata kepada 1,632.83 selepas 50 minit dagangan.

-- BERNAMA