BERITA TERKINI   PM Anwar zahir simpati kepada lebih 50 mangsa terlibat dalam kejadian titi gantung runtuh di Lata Rek, Kuala Krai - PMO | PM Anwar arah peruntukan disediakan bagi ganti titi gantung di Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan yang runtuh semalam - PMO | Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim dilantik Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian berkuat kuasa 1 Jan 2026 hingga 31 Dis 2028 - Azalina | Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian ditubuh bagi memandu hala tuju keselamatan dalam talian negara - Azalina | Pelabuhan Tanjung Pelepas catat peningkatan 14 peratus pengendalian kontena kepada 14.03 juta TEUs pada 2025, menjadi terminal kontena pertama di Malaysia lepasi paras 14 juta TEUs | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran tunai.  

Kontrak bulan semerta Oktober 2024 dan Disember 2024 turun 16.0 mata setiap satu masing-masing kepada 1,616.0 dan 1,623.5, November 2024 berkurangan 14.5 mata kepada 1,620.5 dan Mac 2025 merosot 17.0 mata kepada 1,611.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 31,631 lot daripada 20,217 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka naik kepada 74,284 kontrak daripada 62,121 sebelumnya.            

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 13.93 mata atau 0.85 peratus kepada 1,618.30 daripada paras penutup 1,632.23.

-- BERNAMA