BERITA TERKINI   Inflasi Malaysia meningkat 2.0 peratus pada Mei 2026 - DOSM | Lebihan dagangan meningkat kepada RM40.4 bilion pada Mei 2026, sekali gus mencatat lebihan selama 73 bulan berturut-turut sejak Mei 2020 - DOSM | Eksport Malaysia tumbuh 45.3 peratus kepada RM184.0 bilion, import naik 14.1 peratus kepada RM143.6 bilion pada Mei 2026 - DOSM | Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 29.8 peratus kepada RM327.6 bilion pada Mei 2026, didorong pertumbuhan eksport lebih kukuh - DOSM | DBKL peruntuk RM200 juta di bawah Program Lestari Niaga bangunkan semula 287 lokasi gerai penjaja di ibu negara - Hannah | 

IPG Bagi Pekebun Kecil Tidak Diaktifkan Pada Oktober -- LGM

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Lembaga Getah Malaysia mengumumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) getah sekerap dan lateks bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tidak diaktifkan untuk Oktober 2024.

LGM dalam kenyataan berkata mulai Januari 2024 IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang getah sekerap berada pada paras RM3.00 sekilogram ke bawah.

Pengaktifan paras harga yang ditingkatkan adalah antara initiatif kerajaan menerusi pengumuman Belanjawan 2024.

Bagi IPG lateks, ia akan diaktifkan apabila IPG getah sekerap diaktifkan.

Kadar IPG susu getah ditetapkan pada RM0.90 sekilogram bagi 100 peratus Kandungan Getah Kering (KGK).

IPG berkenaan akan dibayar kepada pekebun kecil getah warganegara Malaysia yang layak dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Menurutnya, bagi Oktober 2024 purata harga getah sekerap bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak masing-masing ditetapkan pada RM3.70, RM3.40, dan RM3.20 sekilogram.

Justeru, LGM berkata, tiada bayaran IPG dibayar pada bulan berkenaan.

-- BERNAMA