BERITA TERKINI   KLFA perkukuh kerjasama dengan KBS dalam pembangunan jurulatih dan program belia - Fahmi | KLFA sedang kukuh kerjasama dengan KPM dalam memperkasa bola sepak di peringkat sekolah - Fahmi | PM Anwar umum dana RM1 juta kepada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur | Tiga ladang ternakan babi di Tasek Gelugor, Pulau Pinang disahkan positif penyakit demam babi Afrika - Pengarah JPV Negeri | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Berikutan Peningkatan Ketegangan Di Asia Barat

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Asia Barat yang sekali gus melonjakkan permintaan pelabur.

Kontrak bulan semerta November 2024 meningkat kepada US$2,597.70 setiap auns troy daripada  US$2,572.30 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas.

Manakala kontrak Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025 kekal pada US$2,611.10 setiap auns troy berbanding US$2,585.80 sebelumnya.

Jumlah dagangan merosot kepada satu lot daripada lapan lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka susut kepada 26 kontrak daripada 36 kontrak sebelumnya.

Mengikut London Bullion Market Association pada 15 Nov, harga fizikal emas kekal pada US$2,571.80 setiap auns troy. 

 

-- BERNAMA