BERITA TERKINI   Pada 6 petang, ringgit hampir mendatar berbanding dolar AS kepada 4.0275/0320 daripada 4.0245/0320 semasa ditutup pada Isnin | Majlis Tindakan Ekonomi Negara teliti pelbagaikan sumber bahan api, perkukuh kerjasama dagang dan jamin input pengeluaran - Akmal Nasrullah | Krisis Tenaga Global: Special Access Pathway dilaksanakan, pastikan akses keperluan kesihatan kritikal - Akmal Nasrullah | Krisis Tenaga Global turut menjejaskan bekalan ubat dan peranti perubatan - Akmal Nasrullah | FELDA dan FGV Holdings perkenal B100, biodiesel berasaskan 100 peratus minyak sawit yang berpotensi jadi sumber tenaga alternatif - Pengerusi FELDA | 

Ringgit Meningkat Berikutan Dolar AS Alami Pembetulan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi hari ini berbanding dolar AS yang lemah berikutan Indeks Dolar AS (DXY) mengalami pembetulan, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.4650/4825 daripada dolar AS berbanding 4.4765/4820 semasa ditutup pada Isnin.

DXY susut 0.4 peratus dalam tempoh semalaman kepada 106.275 manakala hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun menyusut kepada 4.41 peratus daripada 4.44 peratus.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata  pembetulan DXY disumbangkan oleh  faktor teknikal, yang menyebabkan ia telah mencapai situasi terlebih beli.

“Sehubungan itu, ringgit boleh meningkat sedikit hari ini, berkemungkinan menghampiri paras sokongan segera pada RM4.45,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.6607/6829 daripada 5.6525/6594 dan rendah berbanding euro kepada 4.7302/7488 daripada 4.7294/7352.

Bagaimanapun, ringgit menokok berbanding yen Jepun kepada 2.8885/9002 daripada 2.8914/8953.

Mata wang tempatan menunjukkan pergerakan bercampur-campur berbanding mata wang serantau.

Ia mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.61/7.64 daripada 7.63/7.64 dan menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 281.5/282.8 daripada 282.2/282.7.   

Bagaimanapun, ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3353/3486 daripada 3.3307/3351 dan menyusut berbanding baht Thailand kepada 12.8975/9631 daripada 12.8591/8808

-- BERNAMA