BERITA TERKINI   ACCCIM gesa kerajaan memperkenalkan skim kredit eksport dan mengurangkan duti import ke atas bahan mentah untuk membantu PKS menyesuaikan dengan dasar perdagangan baharu oleh ekonomi utama | Istiadat Pembukaan Parlimen: Titah Agong sarat dengan pesanan, perlu dihayati Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang - Fahmi | Tindakan tegas melalui saluran diplomatik, undang-undang dan pertahanan perlu diambil pastikan hak kedaulatan, kepentingan negara kekal terpelihara - Agong | Agong titah rakyat berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa jenayah siber seperti penipuan kewangan dan kecurian identiti | Peperangan di Gaza perlu segera ditamatkan, keadilan undang-undang hendaklah dilaksanakan - Agong | 

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Seiring Dengan Pasaran Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Khamis, seiring dengan pasaran serantau dan pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih terutama dalam produk dan perkhidmatan perindustrian serta sektor perkhidmatan kewangan.

Petronas Chemicals naik 26 sen kepada RM4.83, Maybank meningkat 10 sen kepada RM10.22 dan CIMB melonjak 5.0 sen kepada RM8.26.

Saham tersebut mengheret naik indeks komposit dengan gabungan 6.51 mata.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 0.36 mata kepada 1,598.54 daripada 1,598.18 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.63 mata lebih tinggi kepada 1,599.81 sebelum bergerak di antara 1,588.99 dengan 1,599.94 sepanjang sesi dagangan pagi.

Bagaimanapun, pasaran meluas negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 591 berbanding 304 manakala 440 kaunter kekal tidak berubah, 1,131 tidak didagangkan dan 23 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 2.22 bilion unit bernilai RM1.14 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng menjangkakan beberapa aktiviti memperelokkan akaun (peringkat tempatan) akan berlaku dan jika ia berlaku, kesannya agak minimum kerana sentimen telah bertukar menjadi berhati-hati sejak sebulan lepas.

“Justeru, kami percaya Bursa Malaysia akan berada dalam julat dagangan antara 1,595 dan 1,610 tanpa sebarang pemangkin belian yang kukuh,” katanya kepada Bernama.

Antara saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, Sunway naik 9.0 sen kepada RM4.99, Public Bank meningkat 2.0 sen kepada RM4.43, Axiata menokok 3.0 sen kepada RM2.31, bagaimanapun Tenaga Nasional merosot 22 sen kepada RM14.08 dan YTL Corporation turun 11 sen kepada RM1.85. 

Bagi saham aktif, Zen Tech International meraih 0.5 sen kepada 1.5 sen, MY E.G. naik 3.0 sen kepada 91 sen namun Aizo merosot 1.0 sen kepada 13.5 sen manakala MQ Technology dan Perdana Petroleum tidak berubah masing-masing pada 12 sen and 28.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Shariah turun 39.43 mata kepada 12,135.50, Indeks FBM Emas merosot 19.88 mata kepada 12,146.0, Indeks FBMT 100 kurang 16.39 mata kepada 11,850.41, Indeks FBM ACE menguncup 12.86 mata kepada 5,176.74, Indeks FBM 70 jatuh 94.59 mata kepada 17,882.06.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian peroleh 1.08 mata kepada 172.02, Indeks Perladangan berkurangan 59.94 mata kepada 7,614.68, Indeks Tenaga turun 6.57 mata kepada 822.34 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 66.59 mata kepada 19,089.83.

-- BERNAMA