BERITA TERKINI   Kes tikam 61 kali : Punca kematian penuntut kolej19 tahun akibat tikaman berganda di bahagian dada - Ketua Polis Kelantan | Kes tikam 61 kali: Empat individu ditahan bantu siasatan di Ketereh malam tadi - Ketua Polis Kelantan | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di  Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dipengaruhi oleh ketidaktentuan dasar menjelang pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden Donald Trump.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kepada Bernama peniaga juga menunggu isyarat lebih jelas mengenai kitaran pelonggaran monetari Rizab Persekutuan AS.

Kos pinjaman yang lebih tinggi biasanya memberi kesan negatif kepada emas.

Kontrak semerta Disember 2024 menyusut kepada US$2,610.50 setiap auns troy daripada US$2,627.30 pada Jumaat lepas dan Januari 2025 merosot kepada US$2,623.60 berbanding US$2,650.50 pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan turun kepada 11 lot daripada 22 lot pada sebelumnya, manakala kepentingan terbuka susut kepada 29 kontrak daripada 38 kontrak sebelumnya.

-- BERNAMA