BERITA TERKINI   AXIS REIT sasar jumlah nilai pemerolehan RM300 juta tahun ini - CEO | Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka sederhana pada 4.6 peratus 2025, disokong projek infrastruktur, pelaksanaan pelaburan swasta dan penggunaan swasta yang teguh - Ketua Ahli Ekonomi AmBank | Ringgit dijangka diniagakan mendatar, dengan unjuran akhir tahun pada RM4.45 berbanding dolar AS - Ketua Ahli Ekonomi AmBank | BNM akan kekalkan pendirian akomodatif dan pastikan kadar OPR kekal stabil sekurang-kurangnya sehingga separuh pertama 2025 - Ketua Ahli Ekonomi AmBank | Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku kedua 2025 tanpa menjejaskan Kepengerusian ASEAN-Malaysia - MAHB | 

Egg-stra Ong Di Marrybrown Kembali Raikan Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Marrybrown menyambut Tahun Baharu Cina dengan kembali tawaran bermusimnya yang terkenal, Egg-stra Ong.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Daniel Chan berkata pelanggan di seluruh negara kini sekali lagi boleh menikmati hidangan dengan gabungan telur masin dan rempah yang lazat, bermula hari ini.

"Tahun Baharu Cina menyatukan generasi dalam merayakan harapan dan permulaan baharu.

"Tahun ini, kami berbangga untuk mengembalikan menu Egg-stra Ong yang kami sayangi yang kini lebih daripada sekadar hidangan kerana ia menjadi sebahagian daripada tradisi perayaan keluarga yang dihargai," katanya dalam satu kenyataan.

Diadun dengan rasa telur masin yang lazat dan diperkaya dengan sedikit rempah, menu Egg-stra Ong direka untuk memikat selera selain mencipta kenangan pada waktu menjamu selera yang tidak dapat dilupakan iaitu ketika merayakan kegembiraan pertemuan semula dan kebersamaan.

Menampilkan pelbagai pilihan yang menarik, pelanggan boleh menikmati Egg-stra Ong Mashed Bowl (dari RM6.88); Egg-stra Ong Spicy Burger Combo (dari RM18.38); Egg-stra Ong Chicken Combo (dari RM20.38); Egg-stra Ong Box Meal (dari RM24.88) dan 5-piece Ong Bucket (dari RM55.88).

Menurut Chan, dalam budaya Malaysia, makanan adalah bahasa universal untuk kegembiraan dan perayaan.

"Menu Egg-stra Ong kami bertutur dalam bahasa ini dengan lancar, menyatukan kekayaan rasa telur masin, kehangatan perhimpunan keluarga dan kegembiraan Tahun Baharu Cina dalam setiap hidangan yang direka khas," katanya.

Marrybrown kini menyajikan makanan kepada jutaan pelanggan di lebih 500 restoran dalam 16 negara dengan objektif untuk menyampaikan piawaian tertinggi dalam kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai bagi pengalaman menjamu selera yang sempurna.

-- BERNAMA