BERITA TERKINI   Kerajaan sedang mengkaji semula pelaksanaan cukai karbon Malaysia disebabkan situasi geopolitik semasa - NRES | PM Anwar umum peruntukan RM2 juta untuk Kompleks Akademi Sepaktakraw Malaysia - PM Anwar | Rebat tiket penerbangan RM50 kepada rakyat Malaysia bagi laluan Semenanjung–Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Gawai dan Kaamatan, dari 15 Mei-14 Jun -- Loke | Krisis Tenaga Global: CAAM lanjut tempoh kredit bayaran fi dan caj sehingga 60 hari berkuat kuasa 1 Mei bagi pelihara kemampanan operasi industri penerbangan -- Loke | Krisis tenaga global: ERL perkenal MyPutrajaya Monthly Travel Card khas untuk penjawat awam yang bekerja atau menetap di Putrajaya -- Loke | 

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Hextar Industries Bhd menerusi anak syarikatnya Global Aroma Sdn Bhd (GASB) akan membuka lima cawangan Luckin Coffee menjelang akhir bulan ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Hextar berkata rangkaian kedai kopi dari China itu akan membuka dua cawangan pertamanya pada 23 Januari di Sunway Pyramid dan Menara EcoWorld, Bukit Bintang City Centre.

“Tiga cawangan tambahan akan dibuka hujung bulan ini. Fasa pembukaan cawangan kedai ini akan membolehkan jenama itu mendapatkan maklum balas pelanggan dan menambah baik perkhidmatannya,” katanya.

Aplikasi Kopi Luckin juga akan diperkenalkan pada 23 Januari depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Global Aroma Jeff Lim Chee Lip berkata budaya minum kopi berkembang pesat di Malaysia.

“Dengan harga dipacu nilai Luckin dan pendekatan dipacu teknologi, kami yakin jenama itu akan menarik pelanggan tempatan,” katanya.

Pada November 2024, Global Aroma memeterai perkongsian strategik dengan Luckin Coffee Holding Singapore Pte Ltd untuk mengembangkan jenama Luckin Coffee ke Malaysia.

Kerjasama itu memberikan hak eksklusif GASB untuk membangun, membuka dan mengendalikan kedai kopi di bawah jenama Luckin Coffee di seluruh negara.

Hextar Industries terlibat kebanyakannya dalam pembuatan, formulasi, pengedaran, dan perdagangan baja serta pembekalan dan pengedaran produk kuari serta jentera.

-- BERNAMA