BERITA TERKINI   ASEAN sambut baik perkembangan Kod Tatalaku Laut China Selatan, harap dimuktamadkan dalam masa terdekat - Mohamad Hasan | Perjanjian FTA ASEAN-China 3.0 yang bakal dimeterai akhir tahun ini perkukuh kerjasama ekonomi, daya tahan rantau ini - Mohamad Hasan | Hubungan dialog ASEAN dengan China antara perkongsian paling substantif, dinamik - Mohamad Hasan | ASEAN gesa semua pihak urus situasi di Laut China Selatan secara berhemah, hati-hati - Mohamad Hasan | Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov tiba di Malaysia untuk mesyuarat ASEAN peringkat tinggi | 

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-campur Susulan Prestasi Lemah Niaga Hadapan Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin susulan prestasi yang lebih lemah di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Peniaga itu berkata niaga hadapan getah Jepun menghentikan kenaikan enam sesi pada Jumaat disebabkan kebimbangan mengenai permintaan bermusim dan yen yang lebih kukuh, walaupun pasaran dijangka mencatatkan kenaikan mingguan terbesarnya dalam lebih dua bulan berikutan harga minyak yang lebih tinggi.

"Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan dengan menggalakkan data ekonomi Amerika Syarikat (AS), langkah terkini bank pusat China untuk menyokong ekonomi sewaktu perkembangan positif yang mengelilingi perdagangan AS-China," katanya kepada Bernama.

Memetik laporan Rizab Persekutuan AS (Fed) pada Jumaat, beliau berkata pengeluaran pembuatan AS melonjak pada Disember 2024 apabila pengeluaran di Boeing meningkat selepas berakhirnya mogok pekerja kilang yang melumpuhkan syarikat gergasi aeroangkasa itu.

Selain itu, kata laporan berkenaan, pengeluaran kilang naik sebanyak 0.6 peratus pada bulan lepas selepas pemulihan 0.4 peratus pada November 2024.

"Dilaporkan Presiden terpilih AS, Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping membincangkan isu dalam satu panggilan telefon pada Jumaat dengan kedua-duanya kelihatan optimis. Trump menyifatkannya sebagai 'satu perbincangan yang sangat baik' dan Xi berkata beliau serta Trump sama-sama berharap untuk permulaan yang positif dalam hubungan AS-China," katanya.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) menyusut sebanyak 5.0 sen kepada 879.50 sen sekilogram manakala lateks pukal bertambah sebanyak 1.5 sen kepada 672.00 sen sekilogram.

-- BERNAMA