BERITA TERKINI   MB Johor nafi desas-desus pembubaran DUN berlaku hari ini | Wartawan perlu dibenarkan bekerja secara profesional dengan pendekatan lebih berhemah oleh pihak berkuasa - Teo Nie Ching | Pihak berkuasa harus mengutamakan dialog berbanding penahanan dan menyelesaikan pertikaian melalui Majlis Media Malaysia untuk menambah baik perundangan kewartawanan -Teo Nie Ching | Forum Media HAWANA penting, memberi ruang untuk mencorakkan masa depan kewartawanan - Teo Nie Ching | Tabung Kasih@HAWANA beri manfaat kepada 728 pengamal media, jumlah sumbangan sebanyak RM1.94 juta setakat 30 April 2026 - Teo Nie Ching | 

Pembuat Tawaran Peroleh 92.82 Peratus Saham MAHB, Tarikh Akhir Dilanjutkan Sehingga 4 Feb

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Pengambilalihan baki saham oleh pembuat tawaran bersama ke atas saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi pihak Gateway Development Alliance Sdn Bhd, Pantai Panorama Sdn Bhd, Kwasa Aktif Sdn Bhd dan Gip Aurea Pte Ltd mencecah 92.82 peratus, melebihi ambang 90 peratus.

AmInvestment Bank menjelaskan jumlah saham MAHB yang dipegang oleh pembuat tawaran bersama dan pembuat tawaran muktamad bersama adalah sebanyak 1,548,840,432 atau 92.82 peratus.

Tawaran pengambilalihan saham MAHB akan kekal pada RM11 untuk baki saham, manakala tempoh tawaran dilanjutkan sehingga Selasa 4 Feb, 2025 dari 24 Jan, 2025, menurut bank pelaburan itu dalam kenyataan pada Jumaat.

“Jika tawaran itu menjadi tanpa syarat dan pembuat tawaran bersama serta pembuat tawaran muktamad bersama secara terkumpul memegang lebih 90 peratus saham MAHB, Bursa Securities akan menggantung dagangan sekuriti MAHB serta-merta selepas berakhirnya tempoh lima hari pasaran dari tarikh tutup tawaran itu.

“Selepas itu, pembuat tawaran bersama dan pembuat tawaran muktamad bersama akan memastikan MAHB melaksanakan semua langkah dan prosedur yang diperlukan untuk mengeluarkan status penyenaraiannya daripada senaraian rasmi mengikut Keperluan Penyenaraian,” tambahnya.

-- BERNAMA