BERITA TERKINI   5E Resources mula berdagangĀ di Pasaran ACE, dibuka pada 28 sen, iaitu premium dua sen daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) dengan 36.22 juta saham diniagakan | 

Kadar Jangka Pendek Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan Disokong Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil pada minggu depan disokong operasi Bank Negara Malaysia untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Pada minggu ini, bank pusat itu melakukan operasi harian bagi mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender repo berbalik, repo berbalik semalaman dan tender repo berbalik Islam.

Mudah tunai dalam sistem konvensional naik kepada RM29.29 bilion pada Jumaat daripada RM28.22 bilion yang dicatatkan minggu sebelum itu. 

Dalam sistem Islam, mudah tunai itu berkurangan kepada RM16.79 bilion daripada RM21.71 bilion sebelum ini.

Selain itu, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat 23 Jan, 2025.

-- BERNAMA