BERITA TERKINI   Istiadat Pembukaan Parlimen: Titah Agong sarat dengan pesanan, perlu dihayati Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang - Fahmi | Tindakan tegas melalui saluran diplomatik, undang-undang dan pertahanan perlu diambil pastikan hak kedaulatan, kepentingan negara kekal terpelihara - Agong | Agong titah rakyat berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa jenayah siber seperti penipuan kewangan dan kecurian identiti | Peperangan di Gaza perlu segera ditamatkan, keadilan undang-undang hendaklah dilaksanakan - Agong | Malaysia akan terus kukuh atas semangat kerjasama erat kerajaan Persekutuan dan negeri - Agong | 

Niaga Hadapan MSM Dijangka Rendah Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka rendah minggu depan dalam persekitaran prestasi eksport yang kurang memberangsangkan, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata dagangan itu menyaksikan permintaan lemah untuk eksport MSM terutamanya dari India, kebanyakannya disebabkan untuk mengurangkan daya saing harga MSM berbanding dengan minyak sayuran.

“Kami menjangkakan harga akan didagangkan antara RM4,100 dan RM4,300 minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, peniaga minyak sawit kanan Interband Group of Companies Jim Teh berkata kontrak niaga hadapan MSM dijangka mengalami dagangan lengang tetapi dengan berhati-hati minggu depan kerana ketiadaan peniaga minyak sawit tempatan dan antarabangsa kerana cuti Tahun Baharu Cina.

Beliau berkata harga akan diniagakan antara RM3,700 dan RM3,900 dengan permintaan datang dari India, Pakistan, Timur Tengah, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.

Minggu ini, pasaran MSM ditutup pada 29 dan 30 Januari sempena cuti umum Tahun Baharu Cina.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Februari 2025 meningkat RM64 kepada RM4,552 satu tan, Mac 2025 melonjak RM54 kepada RM4,350 setan dan April 2025 menokok RM73 kepada RM4,216 satu tan.

Mei 2025 dan Jun naik RM88 masing-masing kepada RM4,198 and RM4,140 setan manakala Julai 2025 menambah RM76 kepada RM4,101 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 162,972 lot daripada 383,178 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 219,710 kontrak berbanding 229,080 kontrak seminggu sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Januari Selatan naik sebanyak RM100 kepada RM4,650 satu tan.

-- BERNAMA