BERITA TERKINI   Kerajaan tegas dan tidak akan bertolak ansur dalam hadapi isu rasuah, tidak kira kawan atau lawan - PM Anwar | Penganalisis ekonomi Prof Madya Datuk Dr Madeline Berma meninggal dunia di kediamannya di Bandar Baru Bangi, Selangor pagi tadi - ahli keluarga | PRK DUN Lamag: Mohd Ismail Ayob dipilih calon wakili BN - Pengerusi UMNO Sabah | Ahmad Faizal Azumu umum letak jawatan Pengerusi PN Perak | 

Dasar Jelas, Strategi Semikonduktor Nasional Terus Tarik Tumpuan Pelabur Asing - Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Pertemuan antara kerajaan dan Arm Limited membuktikan bahawa dasar yang jelas seperti Strategi Semikonduktor Nasional serta lain-lain kelebihan negara terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan asing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata pertemuan tersebut menyaksikan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Komersial Arm Limited Will Abbey disertai Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli, bertukar pandangan mengenai hala tuju teknologi pengkomputeran bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab utama dalam ekosistem semikonduktor dan pusat data.

“Arm Limited, syarikat berpangkalan di United Kingdom, merupakan peneraju dunia dalam teknologi Unit Pemprosesan Pusat (CPU) dan memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan pengkomputeran global.

“Syarikat itu juga berperanan sebagai arkitek, membangun serta melesenkan penyelesaian hak harta intelek (IP) berprestasi tinggi, kos rendah dan cekap tenaga,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

-- BERNAMA