BERITA TERKINI   Letusan Gunung Dukono: Tiada rakyat Malaysia dilapor terlibat - Kedutaan Malaysia di Jakarta | Enam perubahan penempatan, pelantikan baharu babit pengurusan tertinggi perkhidmatan awam berkuat kuasa 11 Mei - KSN | Kerajaan pastikan bekalan minyak dan diesel lebih teratur lepas langkah proaktif bersama Petronas - PM Anwar | Operasi pembenihan awan akan dijalankan di Kedah dan Perlis pada 10-12 Mei serta 17-19 Mei - Arthur | 20 pendaki terkandas susulan letusan Gunung Dukono di Indonesia, operasi pemindahan sedang dijalankan - Basarnas | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives didagangkan lebih kukuh ketika awal dagangan pada Rabu.

Pada pukul 9.20 pagi, Februari 2025 meningkat 8.0 mata kepada 1,599.0; Mac 2025 menambah 7.0 mata kepada 1,579.5; Jun 2025 naik 6.0 mata kepada 1,582.00; dan September 2025 menokok 4.0 mata kepada 1,568.5.

Jumlah dagangan mencecah 1,520 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 35,551 kontrak.

Selepas 20 minit dagangan, indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 8.3 mata kepada 1,598.25 daripada 1,589.95 ketika ditutup pada Isnin.

Bursa Malaysia ditutup pada Selasa sempena cuti umum perayaan Thaipusam

-- BERNAMA